Pulang dr pergi bercuti di negeri kegemaran. Heeee...alhamdullilah perjalanan yg dipermudahkan oleh Allah. terima kasih jua kepada keluarga sy yg sentiasa mendoakan keselamatan perjalanan kami. Memandu kereta di musim hujan memang agak merisaukan. Apatah lg sekarang musim air pasang, angin jgn cerita la, pegi pulak negeri2 banjir..siapa tak merasa ngeri. Tapi Allah mengatur alam ini dengan adil dan saksama. memberi ruang hambanya menjenguk Tuan guru yg disayangi...nampak kereta pon dah seronok sakan.
diari perjalanan.
23 /12 2011
Kami bertolak dr Kuantan sudah jam 5 petang. Kalo secara logik nya...kalo amik cuti kenapa tak bertolak dr pg..kenapa dah nak matahari terbenam baru nak gerak...mana tak para ibu akan bimbang dengan anak2 dara yg akan pegi bersuka ria. tp kami...heheheh...jenis suka hati aaa....nak bertolak pkl bape, tmpt penginapan pon x decide lg.. walaubagaimanapun Allah itu byk membantu, syukur.
Perjalanan agak santai. mlm pertama akan bermalam di terengganu. Kami bermalam area rusila, dekat2 umah Tok Guru juga...amik berkat. Alhmdlh ade chalet kosong, satu mlmRM70...sejuk, bunyi laut..ngeri betul2 tepi telinga.
24/12/2011
Check out . Pkl 7++ kami sudah keluar, pegi carik bf dulu.
yeah, beli bf di kedai Kak/Mak Ngah Nasi Dagang . ramai gile org..last2 beli bungkus dan lepak kat tmpt lain.
selesai mengenyangkan perut, kami ke Karnival Hijrah di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu. Pegi tu semata-mata nak tgk Cik Irma hasmie yg cantek manis..ye dia memang sgt cantek dan manis, sesuai utk para2 ibu yg mencari calon menantu, tp kalo anak mereka perangai dah mcm hantu...tak perlu la berangan2 nak dpt menantu yg sebegitu.
pong pang pong pang...pkl 12tgh kami bergerak ke KB. Langit mendung, hujan mcm malu2 kucing. Kejap terun kejap tak. apa pun Alhamdlh, perjalanan kami santai dan damai hik.
Masuk aje KB...kami terus menggunakan khidamt Cik Papago ( terima kasih kepada tuan GPS yg baik hati, moga Allah memberi rezeki kepada beliau dgn menambah projek2 BC...hahahaha). Cik Papago memang byk membantu, khususnya memberi jln yg tidak jem kepada kami. Maklum la...negeri kelantan adalah tumpuan pada cuti sekolah, tumpuan segala manusia dan pelosok jin.
yeah...penginapan kami betul2 di sebelah rumah tok guru, bes gileee
25/12/2011
Destinasi percutian adalah menaikkan ekonomi peniaga di Rantau Panjang. Terima kasih sekali lg kepada Cik Papago kerana memandu kami ke arah yg tidak menyesakkan. * Entri utk masuk ke rantau panjang ade 3 jln, so pastikan jgn ikut yg entri 1...gile jem kat ctu.
soping2...sampai pengsan.
26/12/2011
masa pulang. Check out pkl 7++ pg. sampai kuantan pkl 7 ptg..hahahha bawak kete mcm kura-kura.
tp...perjalanan memang bes...santai dan mendamai kan. tahun depan insyallah akan ke negeri ini lg...
* Kalau nak tgk iklan2 yg menutup aurat, pekerja yg menutup sila la ke negeri2 ini
* Kalau nak fasih membaca jawi , sila la ke negeri2 ini
* Kalau nak menikmati masjid yg cantek dan indah2 , sila la ke negeri2 ini
* Kalau nak menikmati masjid yg cantek dan indah2 , sila la ke negeri2 ini
* Kalau nak mkn yg murah2 , sila la ke negeri2 ini
















0 comments:
Post a Comment